Apakah dengan mengenakan busana muslim wanita boleh tampil bergaya? Memang boleh, kenapa tidak?
Tetapi rata-rata sebahagian besar wanita merasakan seolah-olah dengan berbusana muslim pilihan menjadi terbatas, yang tentu saja akan mengurangkan penampilan diri wanita tersebut.
Kunci utama untuk berpenampilan menarik adalah sangat mudah. Pertama, harus mengenali bentuk tubuh badan anda, adakah anda tinggi, sederhana atau rendah? Dengan itu, cari busana yang dapat menutupi kekurangan anda serta yang dapat menonjolkan kelebihan anda yang mana ianya sering tidak anda sedari.
Kedua, kenali karakter keperibadian anda kerana dengan yang demikian anda juga akan mengetahui jenis-jenis busana yang sesuai untuk anda kenakan.
Penting untuk diingat, apa pun gaya busana pilihan anda, lengkap dengan tudung, kasut dan beg tangan yang sepadan, TETAPLAH MENJADI DIRI ANDA SENDIRI. Tidak perlu meniru gaya penampilan orang lain, sebaliknya anda sendiri yang harus selesa dengan penampilan pilihan anda. Haruslah tampil dengan keyakinan diri yang kuat kerana dengan kepercayaan yakin diri itu akan membuatkan AURA kecantikan anda semakin terpancar keluar... yakinlah!
(petikan dari majalah luar negara)